sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Sunday, October 25, 2009

Gajah liar membinasakan tanaman penduduk Kampong Bukit Sapi

Tanaman getah dikebunnya jang dijaga lebih dari dua tahun telah dibinasakan oleh sekumpulan gajah liar sebanyak 4 ekor. En Hassan menceritakan sewaktu beliau pergi ke kebunnya untuk menyalakan lampu dikebunnya itu beliau terserempak dengan sekawan gajah. Beliau telah membakar 6 biji mercun tetapi gajah itu tidak berganjak. Anjing yang dipeliharanya untuk menjaga kebunnya telak menyalak sehingga tidak berbunyi.
Melihat keadaan demikian en Hasan terpaksa meninggalkan kebunnya itu. Katanya pada kebiasaannya kalau di bakar mercun gajah akan lari dan tak masuk kekebunnya itu. tetapi kali ini agak pelik benar. Ke esokan hari beliau pergi kekebunnya. Habis segala tanaman ubi kayu. Dangaunya diruntuhkan. Lampu pelita dirosakkan. Radio dihempaskan. Kain solatnya dan telekung isterinya dicarik-carikkannya. Mesin menebas dialihkan tempat. Pokok getah dirosakkan. Tetapi minyak petrol dan disel tidak diganggu. Begitu juga buku surat yasin yang ada di dangaunya tidak di apa-apakan.
gajah itu bermaharajalela dikebunnya selama 2 malam berturut. Encik Hasan kelihatan agak terlalu kecewa dengan kejadian tersebut. Menurutnya seekor dari gajah itu mempunyai gading yang agak panjang lebih kurang 1meter.Pangkal gading itu hampir sebesar peha. Tapak gajah itu hampir sebesar gadang.
Beliau amat kecewa dengan itu. Khabarnya Kerajaan Negeri nak buatkan pagar lektrik sebelum ini hanya khabar sahaja. Barangkali khabar angin sahaja.
Selain dari kampong Bukit Sapi, penduduk kampong Chepor, luat dan beng juga mengalami masalah yang sama.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288