sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, October 28, 2009

Hidup dan usia hidup

Hari ini ialah kenyataan dan semalam adalah sejarah manakala esok sebenarnya belum pasti. yang pasti setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kenyataan itu ialah dari ayat al qur an. Kerana itu setiap yang hidup pasti mengetahui tujuan hidup. Jika tidak mengetahui akan tujuan kehidupan pastilah orang itu akan melakukan pelbagai perkara mengikut sedap dan seronok sendiri sahaja.
Hari seseorang yang hidup akan membina sejarah kehidupan untuk hari esok yang akan dibaca oleh yang akan berada dihari-hari yang seterusnya. Sejarah yang dibina pastinya akan dibaca samada oleh diri sendiri atau orang lain. Kadangkala sejarah yang dibina akan dibaca oleh anak dan cucu cicit sendiri. Bergembiralah jika sejarah yang dibaca itu memberi kebanggaan yang tinggal. Berdukacitalah jika sejarah yang dibaca itu memilukan anak cucu cicit dan generasi kemudian.
Sejarah yang dibina akan terus hidup, dan usia sejarah akan panjang sepanjang zaman. Fir aun disebut sehingga kini tetapi tiada siapa yang bernama manusia yang ingin mengambil dan mendabik dada mendakwa sebagai idola. Tetapi secara perangai ramai yang mengambil perangai dan ketakburan fir aun sebagai ikutan.
Begitu juga Namrud ada kesah dalam qur an tetapi tidak ada yang mengaku menjadi waris. Usia sejarah mereka sampai kini tetapi kenangan sejarah mereka dalam kehinaan.
Rasullullah hidup dalam usia 63 tahun dimuka bumi ini tetapi kehidupan sejarah baginda telah melebihi 1400 tahun. Kini dan saban tahun yang lalu jutaan manusia menziarahi maqam baginda. Setiap detik dan ketika selawat dan salam kepada baginda. Baginda membawa risalah dari Allah yang akan menyelamatkan manusia dalam kehidupan didunia dan di akhirat. Baginda Rasullullah telah merakamkan sejarah kehidupan yang menjadi tuntunan dan ikutan manusia. Manusia selamat bila mengikuti perjalanan dan ajaran baginda.
Kini kita melihat dan membina sejarah kita sendiri. Sambil kita melihat sejarah lampau dan sejarah kelmarin. Kalau Bush dilontar dengan kasut merupakan satu peristiwa sejarah beliau di akhir memegang kuasa dunia yang angkuh dan memalukan. Banyak lagi sejarah dan peristiwa terdekat yang dapat dilihat dan diperhatikan dalam dan luar negeri. Yang terbaru hari ini kita dapat saksikan dalam kecanggihan teknology komunikasi dan ketinggian peradaban kehidupan akan keruntuhan sistem demokrasi di negeri perak iaitu di Persidangan DUN Perak. Ini lah sebahagian kecil dari peristiwa yang memalukan kepada warga Perak khasnya dan seluruh manusia yang beradab.
Orang yang budiman tidak akan gembira dengan kejijikan yang memalukan ini. Orang yang rendah tamadun dan primitif yang terusan menegakkan kejijikan ini.
Manusia yang berperadaban dan bertamaddun tidak boleh menyerah kalah. Berundur bererti primitif.
Hadis
Bila kamu melihat kemungkaran hendaklah kamu tegur dengan tangan.
Jika tidak mampu hendaklah kamu tegur dengan lidah,
jika tidak mampu hendaklah kamu menegurnya dengan hati.
sesungguhnya menegur dengan hati itu selemah iman.
tidak menegur langsung atau bersekongkol atau bersetuju bermakna diluar keimanan .

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288