sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, August 4, 2014

Berita dari Mesir

Terkini! | Gaza 1:03 am | Perang Hari ke-28
Timbalan Ketua Biro Perhubungan Luar HAMAS, Dr Usamah Hamdan:
Delegasi Palestin yang akan mengadakan rundingan, akan tiba di Kaherah, Mesir pada awal pagi esok, hari Ahad. Beliau memberikan penegasan bahawa negara serantau telah memberitahu Perdana Menteri Israel, Netanyahu bahawa peperangan di Gaza telah memberikan penghinaan kepadanya dan meletakkannya dalam kerugian yang amat besar.
Usamah Hamdan menambah lagi bahawa pengunduran tentera Israel dari operasi serangan darat di Gaza tidak sesekali akan menghentikan pertempuran ini kerana Israel akan meneruskan permusuhannya dengan Palestin. Perkara ini telah memberikan hak kepada para pejuang Palestin untuk melakukan operasi mereka dan tiada siapa pun boleh menyalahkan mereka atas apa yang mereka sedang lakukan.
Sepertimana yang diberitakan oleh Hospital Israel, jumlah tentera elit Israel yang terbunuh ialah 200 orang dan 1000 lagi tercedera, 300 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Sumber: Wekalah Shehab

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288