sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, August 5, 2014

Keperluan segera

Kerajaan Islam perlu hantar tentera bantu Gaza
FATHIN ATHIRAH HASLI
3 Ogos 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
3

Raja Ahmad Al Hiss Raja Ahmad Al Hiss
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Lajnah Antarabangsa Pemuda Pas Malaysia (LA PPM) hari ini menggesa kerajaan negara Islam menggerakkan tentera masing-masing bagi membantu tentera Hamas yang sedang berjuang di bumi Palestin.
Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, umat Islam tidak harus berdiam diri di atas kezaliman Israel telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk Gaza yang tidak berdosa.
"Dalam perang Israel-Gaza sejak 8 Julai 2014 lalu, pihak tentera Zionis telah mengorbankan 1,450 warga Palestin manakala hanya 61 orang tentera Israel maut. Bantuan ketenteraan oleh Amerika Syarikat terhadap Israel menjadikan rejim itu lebih berkuasa dan membunuh sesuka hati mereka.
"Jika AS sanggup membekalkan senjata dan tentera kepada Israel mengapa pula negara umat Islam tidak boleh membantu saudaranya sendiri mempertahankan bumi Gaza daripada dibedil?" katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai proses gencatan senjata selama 72 jam antara kedua-dua pihak yang dicabuli oleh Israel hanya 2 jam selepas bermula.
"Pencabulan proses gencatan senjata tersebut amat mengecewakan ramai pihak dan ia menandakan rejim Israel tidak patuh dengan perjanjian antarabangsa.
"Mereka (Israel) bertindak sewenang-wenangnya kerana pemimpin negara umat Islam yang terus berdiam diri membiarkan mereka mengganas dan membunuh hampir sesiapa sahaja di Gaza. Oleh itu, para pemimpin yang mempunyai kuasa wajib bertindak secara tegas dan keras bagi mematikan keegoan memuncak Israel dan Amerika Syarikat," tegasnya lagi.
Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh umat Islam agar terus berdoa dan dan menghulurkan sumbangan kepada penduduk di tanah Gaza supaya penderitaan mereka dapat dikurangkan.
SukaSuka ·  · 

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288