sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Friday, August 22, 2014

MH17: Seluruh negara bertafakur seminit


MH17: Seluruh negara bertafakur seminit

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Detik masa seakan terhenti hari ini pada pukul 10.54 pagi apabila seluruh negara bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 selepas jenazah mereka tiba di tanah air dengan sebuah pesawat khas dari Belanda.

Jalur Gemilang dikibar separuh tiang ketika negara 30 juta penduduk ini bersatu dalam hiba bagi mengenang 20 warganya yang diragut maut apabila pesawat berkenaan bersama 298 orang terhempas bertaburan di timur Ukraine pada 17 Julai, suatu peristiwa menyayat hati yng mengejutkan seluruh dunia.

Ramai rakyat Malaysia berpakaian gelap hari ini, yang diisytiharkan Hari Perkabungan Negara, serta bertafakur selama seminit bagi mengenang mereka yang telah pergi untuk selama-lamanya.

Perhatian tertumpu pada istiadat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) yang diberi kepada mangsa, apabila pengumuman dibuat agar seluruh negara mula bertafakur selama seminit, disiarkan secara langsung melalui radio dan televisyen.

Pengumuman itu dibuat setelah kesemua 17 keranda dan tiga kendi berisi abu mayat mangsa yang dibawa pulang dengan pesawat MAS MH6129 dari Amsterdam, diletakkan di dalam 20 kenderan jenazah.

-- BERNAMA

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288