sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, January 27, 2009

Gerhana matahari antara yang tersirat


Gerhana.
Subhanallah, segala puji bagi Allah atas fenomena alam itu. Sebenarnya fenomena itu memberikan kesan yang amat mendalam kepada manusia yang ingin memahami rahsia alam dan melihat kebesaran ALLAH.
Barangkali ianya merupakan pengalaman yang pertama, bagi sesetengah orang. Pelbagai perkara diperkatakan mengenainya.
TV melaporkan bahawa gerhana berlaku kerana kedudukan bumi, bulan dan matahari dalam keadaan segaris. Kerana itu cahaya dari matahari tidak sampai kebumi kerana terindung itu. Dan berlakulah gerhana. Tetapi gerhana yang berlaku adalah separa menjangkau secara maksima kepada 82%, tetapi walaupun melebihi 82% kita tidak merasai kegelapan seketika itu seperti yang dialami seperti 1996 di sabah dahulu.
Pelbagai kepercayaan timbul dari kejadian ini semuanya untuk mencari rahsia kejadian gerhana itu sendiri. Sebagai umat islam kita mesti juga mencari rahsia kejadian ini dan mengambil iktibar dan menimba pengetahuan dari keajaiban yang Allah tunjukkan ini.
Kerana liputan yang tidak menyeluruh dan tidak meletakkan kepada fokus yang khsus, gerhana pada semalam tidak menjadi isu yang akademik. Saya telah menulis mengenai isu yang sama pada ogos 2008 iaitu bila kejadian gerhana berlaku diawal ogos itu. Isu yang ingin ditekan ketika itu ialah bagaimana Allah membantu manusia dalam menentukan tarikh. Saya menyebutkan bahawa kefahaman saya, jika berlaku gerhana matahari maka keesokannya mestilah satu haribulan tahun hijrah. Kerana tahun hijrah mengikut kalendar kamarian (bulan) dan jika berlaku pula gerhana bulan maka tarikhnya ialah 15haribulan. Keadaan tersebut menjadi kebenaran bila melihat anak bulan pada akhir syaaban. Pada akhir syaaban (29.syaaban) telah kelihatan anak bulan. Dan syaaban 1429 ialah 29 hari. Jika mengikut fahaman saya ketika tarikh 29syaaban itu telah menjadi 30syaaban. Semestinya ketika itu anak bulan akan muncul.
Kejadian gerhana semalam cukup menarik bagi saya untuk membincangkannya. Kejadian yang berlaku dari jam 4.30 hingga lebih kurang 7 malam itu ada terselit pelbagai pelajaran.
Pertama seperti telahan diatas, ianya berlaku pada 29 muharram, maknanya harini selasa tarikhnya mestilah 1 safar. Tetepi dalam kalendar telah tercetak 30muharram.
Kedua. Kejadian yang berlaku sebelum asar, sebelum ini umat islam dilarang mengerjakan solat sunat selepas asar(waktu tahrim) dan selepas subuh sebelum waktu syuruk. Jadi dengan kejadia gerhana pada waktu itu bagaimana nak kerjakan solat sunat itu bagi saudara kita disabah misalnya kerana waktu asar telah berlalu.
Ketiga Lebih tiga jam gerhana berlaku dan keadaan pertindihan bulan matahari itu berakhir jam 7 petang, waktu maghrib ketika itu belum masuk, ada sekitar 26 minit, berapakah darjah jarak pemisahan antara matahari dan bulan ketika masuk waktu maghrib semalam. Semuanya tidak diketahui. Dan media tidak melapurkan. Saya mengharap ahli falak ada pergi melihat anak bulan atau membuat kiraannya.
Semuanya itu memberi implikasi terhadap concern kepada keilmuan astronomi atau falak. Hanya yang ahli dan pemikir sahaja yang dapat memahaminya.
gambar dari the star

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288