sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Saturday, January 3, 2009

Kemalangan jalan raya, satu cadangan pelik untuk mengurangkan kemalangan

Pelbagai kempen telah dijalankan saban tahun sepanjang masa. Begitu juga dengan ops sikap juga telah menjangkau bertahun-tahun. Berbuih-buih air liur dari mulut pemimpin merayu kepada pengguna berhati-hati dijalanraya. Ada pula cadangan nak diadakan di sekolah-sekolah untuk dijadikan salah satu dari subjek pelajaran.
Terlalu banyak wang telah dibelanjakan untuk kempen kesedaran tersebut. Tetapi tiada sebarang petunjukkan bahawa kemalangan akan berkurang. Perangkaan sentiasa menunjukkan pertambahan. Masakan tidak pertambahan kenderaan bertambah setiap hari dijalanraya. Ditambah dengan musim-musim perayaan. Kemalangan di Gua Musang yang meragut 10 nyawa dikatakan antara sebabnya penumpang tidak memakai tali keledar.
Semalam menteri pengangkutan ada menyebut beberapa langkah satu daripadanya ialah mengadakan papantanda di jalanraya. Sehubungan itu M.L mencadangkan kandongan kepada papantanda itu hendaklah terdiri dari ayat al qur an atau hadis atau doa-doa dalam tulisan arab atau jawi. Mungkin ada kalangan yang akan mempertikaikan cadangan ini dengan kata orang bukan melayu/islam tidak dapat membaca papantanda tersebut. Ada kebenaran kepada komentar mereka tersebut. Dan M.L payah untuk menerangkan rasional cadangan tersebut, tetapi secara rengkas boleh dikatakan seperti berikut.
Sememangnya bagi orang islam menyakini al qur an itu suatu mukjizat. Al qur an itu menjamin keselamatan manusia. Al qur an itu diturunkan untuk kesejahteraan manusia. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Ianya boleh berlaku dengan cara mengamalkan al qur an dalam penghidupan manusia, hukum-hakamnya dipatuhi, al qur an dibaca sentiasa. Pembacaan bukan sekadar memegang mashaf dan membaca mengeluarkan suara malah melihat dan juga merenung juga dalam kategory membaca. Melihat dengan imbasan renungan merupakan pembacaan.
Oleh itu walaupun rakyat bukan melayu/islam tak boleh membaca secara bacaan yang difahami biasa tetapi anggota tubuh badan mereka tetap membaca kalimah tersebut. Qur an merupakan mukjizat rasul ianya ada sesuatu yang akan menyelamatkan manusia. Barangkali keterangan ini sukar untuk difahami. Tetapi kita dapat lihat dalam rumah atau kedai-kedai ada gantungan ayat qur an menghiasi ruang tetamu. Dikedai-kedai dengan ayat seribu dinar. Begitu juga kedai kaum cina dan india ada gantungan tulisan yang juga tidak dapat dibaca oleh golongan lain. Berdasarkan konsep tersebut saya mencadangkan.
Jika plus dapat meletakkan papantanda kalimah-kalimah itu dalam setiap 10 kilometer disamping peringatan kita telah menghiaskan jalanraya kita dengan ayat-ayat Allah yang mudah difahami. Badan dan agensi lain seperti syarikat syarikat perniagaan disamping iklan product mereka turut menaja papan tanda ayat Allah di semua jalanraya dalam negara dan negeri. Masjid-masjid serta majlis daerah juga berkeupayaan menyediakan papantanda seperti itu dalam daerah dan kariah masing-masing.
Sesungguhnya M.L mempunyai keyakinan cadangan ini akan ada kesan yang menakjubkan.
Sekian wassalam.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288