sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Saturday, January 3, 2009
Kemalangan Jalanraya kengerian dan kehibaan
Bak kata pepatah berat mata memandang lebih berat bahu memikul.
Catatan ini sebenarnya untuk membicara sebahagian dari faktor yang menyumbang berlakunya kemalangan jalanraya. barangkali perkara yang disentuh ini telah banyak diperkatakan. cuma saranan yang akan dikemukakan dikira ada sedikit kepelikan.
Kegagalan mengawal kenderaan merupakan faktor berlakunya kemalangan. semua pihak akan berkata begitu. begitu juga punca kepada kegagalan mengawal kenderaan juga ramai orang boleh memberi sebabnya secara pantas dan tepat. Antara sebab kegagalan mengawal kenderaan ialah keadaan jalanraya yang licin, keadaan tayar kenderaan yang merbahaya, memandu dengan kelajuan yang melebihi had yang dibenarkan, dia cermat orang lain yang tak cermat. pemandu dalam keadaan mengantuk atau mabuk atau letih. pelbagai masalah yang sedang bermain dikepala. menalifon sambil memandu dan berbagai lagi boleh disenaraikan. semua alasan dan sebab tersebut semuanya benar belaka.
Dalam pada itu juga semua orang terlalu bijak boleh menuding jari menunjukkan kesalahan apabila berlakunya kemalangan jalanraya. semua perkara tersebut memberikan pelbagai polimek yang memeriahkan perbincangan sedangkan kemalangan berterusan berlaku dan kengerian serta kehibaan menghampiri mangsa dan insan yang bersimpati.
semoga tulisan ini mencuitkan kesedaran kepada insan yang bijak bestari untuk menyumbang supaya kemalangan dapat dikurangkan dan kengerian serta kehibaan tidak menghimpit keluarga tersayang.
Cadangan yang akan diutarakan nanti ekoran dari beberapa kemalangan yang berlaku yang disiarkan di kaca tv dalam beberapa hari ini.
No comments:
Post a Comment