sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, January 5, 2009

Rungutan Harga barang mahal

Ramai mengeluh barang mahal 3 biji cabai merah harganya RM1.00.
tak percaya datangle ke lenggong. saya tengok sendiri dan en. jaafar sambil mengeluh dan menunjukkan kepada saya dan teman. apa bleh buat nak makan beli jugalah nak tanam maklum sajalah. Musim hujan. harga getah dah murah. nak gagau kemana?
tengok berita ibu muda
Ibu muda dipenjara dua hari, denda RM300 kerana mencuri keperluan harian

BALIK PULAU: Seorang ibu muda dihukum penjara dua hari dan denda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan mencuri di sebuah pasar raya di Bayan Baru pada 2 Januari lalu. Fariza Mohd Hooron, 23, mengaku salah mencuri 28 jenis barangan keperluan harian, antaranya sebungkus susu Anlene, satu set minyak wangi, sepaket mi segera dan petai yang kesemuanya bernilai RM275.09 pada jam 1.45 tengah hari, 2 Januari lalu. Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Fariza, ketika memohon hukuman ringan di hadapan Majistret Norhayati Johar, berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan wang selepas kilang tempat dia bekerja ditutup dan hanya suaminya yang menyara keluarga. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Insp Md Saad Hassan. - Bernama

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288