sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Friday, May 10, 2013

Berhujjan dengan fakta bukan auta.


Majdan Dagang,
08 Mei 2013

Tuduhan bahawa orang Cina rasis, tidak mengenang budi, dan ingin jadi PM tidak benar dan tidak tepat sama sekali. Tuduhan-tuduhan ini hanyalah andaian tanpa berdasarkan fakta yang sebenar. Adalah dibimbangi tuduhan ini bertujuan mencetuskan kegelisahan dalam kalangan orang Melayu khususnya Melayu luar bandar agar terus berpaut pada Uxxx walaupun mereka terus-terusan menjadi mangsa kerakusan pimpinannya merompak hasil negara. Uxxx juga sedar bahawa kemenangan mereka pada kali ini banyak bersandarkan kelompok Melayu ini. Jadi mereka akan berbuat apa-apa sahaja agar kumpulan ini terus kekal walaupun terpaksa meniupkan isu perkauman.

Namun, jika penyokong 
Uxxx rajin sedikit membuat kajian mereka akan mendapati bahawa kenyataan pimpinan mereka tentang masyarakat Cina meleset sama sekali.

Selepas meneliti keputusan PRU13 ini, saya mendapati dengan jelas bahawa orang Cina bukanlah memenangkan DAP kerana parti itu berasaskan Cina, tetapi undi mereka kerana menolak Barisan Nasional keseluruhannya. Tambahan pula, mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Cina atau sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Cina, calonnya daripada Pakatan Rakyat akan menang selesa – tidak kiralah calon itu dari Melayu, Cina, mahupun India.

Antara kawasan yang mempunyai pola sedemikian ialah bagi P48 Bukit Bendera, Pulau Pinang. Pecahan pengundi mengikut kaum bagi kawasan ini ialah Melayu (13.99 %), Cina (73.74 %), India (11.22 %) dan lain-lain (1.14 %). Parlimen ini dimenangi oleh Zairil Khir Johari yang berbangsa Melayu mengalahkan Teh Leong Meng yang berbangsa Cina. Secara logiknya, Zairil Khir Johari boleh kalah teruk tetapi menang dengan majoriti 32,778.

Lihat pula P80 Raub, Pahang. Pecahan pengundi mengikut kaum ialah Melayu (48.93 %), Cina (40.99 %), India (6.60 %), dan lain-lain (3.47 %). Parlimen Raub ini dimenangi oleh Datuk Arif Sabri Abdul Aziz yang berbangsa Melayu mengalahkan Hoh Khai Mun yang berbangsa Cina dengan majoriti 2,814 undi. Pada PRU12 yang lalu Ng Yen Yen mengalahkan calon Melayu dengan majoriti 2752 undi. Pada kali ini berlaku sebaliknya.

Bagi P100 Pandan. Pecahan pengundi di kawasan ini asalnya Melayu adalah majoriti. Ketika itu Datuk Ong Tee Kiat berbangsa Cina telah menang selesa. Namun pada PRU13 ini majoriti pengundi adalah Cina. Pecahan mengikut kaum ialah Melayu (44.36 %), Cina (48.14 %), India (6.60 %) dan lain-lain (0.9 %). Mohd Rafizi berbangsa Melayu menewaskan Lim Chin Yee dan Tan Yew Leng yang berbangsa Cina dengan majoriti 26,729 undi!

Bagi N30 Mentakab, Pahang calon Melayu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menewaskan penyandang kerusi ini yang berbangsa Cina iaitu Datuk Chuah Boon Seong dengan majoriti 1,554 undi. Pada PRU12, Datuk Chuah menang dengan majoriti 2,439 undi. Pecahan pengundi bagi kawasan ini ialah Melayu (50.94 %) Cina (40.95 %), India (5.92 %) dan lain-lain (2.19 %).

Berdasarkan fakta dan maklumat tersebut, dengan sendirinya menyangkal dakwaan bahawa orang Cina bersikap rasis kerana memenangkan calon bangsa mereka. Orang Cina bukan menolak 
BX atau bangsa mereka sendiri tetapi mereka menolak pemimpin dan parti yang rasuah, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai lagi masalah.

Selain itu, pengundi cina juga membuktikan bahawa mereka masyarakat yang matang dan celik maklumat serta tidak mudah melatah dengan propaganda politik. MCA telah memainkan isu satu undi untuk DAP bererti satu undi untuk PAS yang mahu mengadakan hukum hudud. 
Uxxx juga turut menakut-nakut pengundi melalui isu ini. Walaupun ada kalangan pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan hasrat PAS itu, tetapi para pengundi Cina semakin hari semakin memahami apakah hukum hudud.

Buktinya, mereka telah memberi sokongan yang padu dan memberikan kemenangan bergaya kepada calon-calon PAS di kawasan lebih 40 peratus pengundi Cina.

DUN N13 Sungai Abong, Bakri, Johor. Calon PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh berjaya mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU12 lalu. Majoritinya turut bertambah dari 1,550 pada PRU12 kepada 3,813 pada PRU13. Pecahan pengundi bagi DUN ini ialah Melayu (51.33 %), Cina (45.22 %), India (2.96 %) dan lain-lain (0.48 %).

N15 Maharani. Calon PAS, Dr Mohammad Taslim juga telah mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU12 dan menambahkan majoritinya daripada 158 pada PRU12 kepada 3,136 pada PRU13. Pecahan pengundi mengikut kaum bagi kawasan ini ialah Melayu (54.98 %), Cina (41.98 %), India (2.50 %) dan lain-lain  (0.54 %).

Seterusnya N21 Parit Yaani, calon PAS, Aminolhuda Hassan berbangsa Melayu telah merampas kerusi ini daripada calon MCA Teo Yew Chuan dengan majoriti kemenangan 1,188. Pada PRU12, MCA menang dengan majoriti 3,857 undi. Pecahan pengundi ialah Melayu (55.61 %), Cina (43.06 %), India (1.82 %) dan lain-lain (0.23 %). Keputusan ini juga membuktikan pengundi Cina bukan rasis kerana turut memberi undi kepada PAS.

Bagi kawasan N41 Puteri Wangsa pula, pengundi Cina dengan jelas membuktikan bahawa kempen menakut-nakutkan mereka dengan isu hudud kurang berkesan dan orang Cina tidak rasis. Hal ini kerana calon PAS, Syed Sis Abdul Rahman menang dengan majoriti 4,469 undi. Pecahan pengundi bagi kawasan ini ialah Melayu (40.27 %), Cina (47.22 %), India (11.79 %) dan lain-lain (0.73 %).

Jika anda rajin menelaah keputusan PRU13 yang lalu, banyak lagi bukti yang menunjukkan bahawa penolakan pengundi Cina bukanlah kerana bangsa atau parti tetapi penolakan total kepada sikap parti pemerintah itu sendiri.

Salah seorang rakan saya berbangsa Cina menyatakan rasa sedihnya apabila dituduh bangsanya bersikap rasis. Bagi beliau, tuduhan itu tidak berasas sama sekali dan tidak menghormati haknya sebagai pengundi untuk membuat pilihan.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian antara kaum, dan kemakmuran negara menyeru agar jangan memainkan isu-isu yang boleh mengundang kebencian antara kaum. Marilah kita bersama menuju Malaysia baru yang saling hormat-menghormati antara kaum dan agama.

sumber harakahdaily

Menolak auta dengan fakta

Suhaimi Saad,
07 Mei 2013
Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-


1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (
BX) - Pandan.

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (
BX) - Kota Raja.

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (
BX) - Bandar Tun Razak.

4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (
BX) - Lumut.

5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (
BX) - Raub.

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (
BX) Telok Kemang.

7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (
BX) Bukit Bendera.

Kesimpulannya : 

Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (
BX) – Lunas, Kedah.

2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (
BX) – Kota Lama, Kelantan.

3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (
BX) – Bandar, Terengganu.

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (
BX) – Mentakab, Pahang,

5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (
BX) - Pantai Jerjak, Penang .

6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (
BX) – Ijok, Selangor.

7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (
BX)- Parit Yani, Johor.

8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (
BX) – Puteri Wangsa, Johor.

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang.
Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India . Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau 
Uxxx masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BX boleh menang. Melayu UXXX undi siapa? Saya senaraikan.

1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (
BX).

2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (
BX)

3. Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (
BX)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (
BX)

5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (
BX)

6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (
BX)

7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(
BX)

8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (
BX)

9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (
BX)

10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (
BX)

11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (
BX)

12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (
BX)

13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (
BX)

Masih percaya dakyah 
UxxxUxxx menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin Uxxx.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar!

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288