sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, May 23, 2013

Ke Ajaiban Ilahi



Haiwan-Haiwan Unik Berkepala Dua

Sama seperti manusia, terdapat juga haiwan-haiwan yang dilahirkan istimewa. Ada yang tidak sempurna anggota badan seperti kaki tidak cukup atau terlebih kaki, berkepala dua, melekat  pada bahagian badan dan sebagainya. Terdapat juga haiwan-haiwan unik ini dilahirkan di negara kita dan tidak kurang dari negara-negara luar.  Namun, lazimnya jangka hayat haiwan-haiwan istimewa ini tidak lama sebagaimana haiwan yang dilahirkan normal.  Apa yang pasti, kejadian ini merupakan anugerah Allah buat hambaNya yang mahu berfikir akan kekuasaanNya dalam menjadikan sesuatu.
Berikut ini antara haiwan-haiwan yang dilahirkan berkepala dua untuk tatapan para pembaca..:
1.  Lembu
a_goat
Anugerah…lembu berkepala dua
a_goat2
Menyedihkan…anak lembu ini terpaksa berkongsi satu badan dengan dua kepala
Foto yang dirakamkan pada 2 April 1987 ini menunjukkan anak lembu yang dilahirkan dengan dua kepala.  Anak lembu tersebut dijaga rapi oleh  sebuah klinik veterinar di California , Amerika Syarikat di mana kepalanya bercantum dan berkongsi satu badan serta berkaki empat.  Anak lembu betina yang pada ketika itu baru berusia 12 hari  boleh makan melalui kedua-dua mulut tetapi yang sedang disusukan lebih dominan (lihat paparan di atas).
2.  Kucing
a_cats
a_cats2
Antara kucing berkepala dua yang hidup paling lama di dunia
Frank dan Louie, seekor kucing berwarna kelabu dengan dua mulut, dua hidung dan tiga mata.  Frank dan Louie adalah kucing yang dilahirkan dengan dua muka ini telah mendapat tempat sebagai haiwan berkepala dua yang paling lama hidup dalam sejarah rekod Rekod Dunia Guinness.
a_cat_pet
Frank and Louise bersama pemiliknya Marty Stevens
Kucing Janus, yang dinamakan sempena nama dewa Rom dengan dua muka, amat jarang dapat hidup lebih daripada beberapa hari selepas dilahirkan. Selalunya haiwan ini akan mati dalam masa beberapa jam sahaja selepas dilahirkan. Tetapi Frank dan Louie cukup bertuah di mana mereka hidup selama 12 tahun!.
3.  Ular

a_snake
Ular yang istimewa ini lahir di Amerika Syarikat
Foto di atas pula yang dirakamkan pada 28 Oktober 2011 menunjukkan seekor ular Honduran Milkalbino berkepala dua yang dipertontonkan di Florida, Amerika Syarikat.  Ular ini telah mendapat perhatian ramai pihak.
a_snake_2
Manakala foto di atas pula yang bertarikh 8 Mei 2008 menunjukkan ular berkepala dua yang bernama Tom and Jerry telah dipamerkan di sebuah pusat pameran vivarium di Offenburg, Jerman.
4.  Kambing Biri-Biri
a_goat3_palestine
Dirakamkan foto di atas pada 9 November 2008 iaitu seekor kambing biri-biri berkepala dua di sebuah kem pelarian di Tebing Barat, Palestin.
5.  Kura-Kura
a_kura_kura
Kura-kura berkepala dua ini telah dipertontonkan kepada pihak media dan orang ramai semasa sambutan rasmi ulang tahun ke-10 sebuah muzium di Geneva , Switzerland .  Foto di atas dirakamkan pada  5 September 2007.
6.  Buaya
a_buaya
Anak buaya yang istimewa dilahirkan kembar
Foto bertarikh 25 Jun 2001 itu pula menunjukkan anak buaya berkepala dua dilahirkan dalam sebuah ladang buaya di pinggir bandar Bangkok , Thailand . Buaya ini berkongsi bahagian bawah badan, mempunyai lapan kaki dan dua ekor. Panjangnya adalah 17 cm dan berat 70 g.
Foto 25 Jun 2001 – Anak buaya berkepala dua di sebuah ladang buaya di pinggir bandar Bangkok , Thailand . Buaya ini berkongsi bahagian bawah badan, mempunyai lapan kaki dan dua ekor. Panjangnya 17 cm dan berat 70 g.
7.  Cicak
a_cicak
Saintis Australia berjaya menemui cicak berlidah biru (blue-tongued lizard) yang mempunyai dua kepala di Sydney.  Foto tersebut dirakamkan pada  17 Januari 2001.
8.  Mengkarung
a_mengkarung
Tanggal 22 April 2010 merakamkan bobtail lizard berkepala dua yang dilihat di taman reptilia di Perth , Australia . Mengkarung ini makan melalui kedua-dua kepala tetapi kepala yang lebih besar ada kalanya menyerang kepala yang lebih kecil. Pergerakan mereka agak sukar kerana kedua-dua kepala mengawal kaki belakang yang sama. Bobtail adalah mengkarung yang melahirkan anak dan tidak pula bertelur.
9.  Lembu
a_lembu
Bertuah…anak lembu ini mendapat penjagaan rapi
Foto  menunjukkan seorang doktor veterinar memberi susu kepada anak lembu berkepala dua yang berusia 5 bulan di Cajamarca , Peru .  Foto tersebut dirakam pada 19 Ogos 2009.
Tapi…Bagaimana Pula Yang ini? Ayam Tanpa Kepala
a_ayam_tiada_kepala
Menyiksakan …
Berbeza pula nasib seekor ayam jantan yang diberi gelaran Mike ini yang dilaporkan pernah hidup selama 18 bulan tanpa kepala!.  Kisahnya bermula pada tahun 1945 apabila pasangan petani di Fruita , Colorado berniat menyembelih beberapa ekor ternakan mereka. Mereka kemudiannya mengapak Mike seperti yang dilakukan kepada ayam lain. Selepas itu, Mike bangun seperti tiada apa yang berlaku.
a_ayam_2
Jadi, bagaimana Mike mampu bertahan? Saintis telah memeriksa dan mendapati bahawa Mike tidak ‘dimatikan’ dengan sempurna. Sebahagian besar bahagian kepala telah berpisah daripada badan tetapi sebenarnya sebelah telinga masih bersambung. Menurut beberapa sumber, pada hari ayam ini dikapak, Mike tidur bersama kepalanya yang diletakkan di bawah sayap.
Disebabkan hayunan kapak terlepas urat merih dan darah membeku menghalang pendarahan berterusan yang boleh menyebabkannya mati. Bahagian otak yang mengawal kebanyakan tindak balas reflek Mike juga sebahagian besarnya tidak terjejas. Tetapi hal ini sebenarnya amat menyiksa kepada si haiwan tersebut..kasihan.
Begitulah antara beberapa paparan istimewa berkaitan haiwan-haiwan yang dilahirkan kurang sempurna.  Dalam kalangan manusia juga banyak terjadi si kembar yang bercantum kepala.  Apa pun, semua itu kekuasaan Maha Pencipta.  Bagi yang dilahirkan sempurna bersyukurlah atas anugerah dariNya. 
Best Regards
Ronald
--The energy of the mind is the essence of life – Aristotle --

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288