sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, May 30, 2013

Sasterawan Negara


Tahniah buat Baha Zain, sasterawan negara ke-12

Harakahdaily,30 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain di atas penganugerahan sebagai Sasterawan Negara ke 12 pada 28 Mei lalu.

Timbalan Ketua DPPM Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pelantikan Datuk Dr Baharuddin Zainal (gambar)sebagai Sasterawan Negara ke 12 adalah tepat dan sesuai dengan kedudukannya.

"Kita menganggap pengumuman beliau menobatkan seorang lagi tokoh sasterawan negara yang menempa sejarah sebagai insan terbilang di negara ini.

"Dengan pengalaman yang luas, ilmu dan kemahiran sastera serta gaya penulisan yang tinggi dan kreatif, beliau dilihat menepati dunia kesusasteraan masa kini. Pelantikan beliau membuktikan negara tidak pernah ketandusan insan kreatif yang mampu membina masyarakat melalui penulisan yang bermanfaat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dengan penganugerahan itu katanya, Baha Zain diharap akan menaikkan lagi mutu sastera negara dan menjadi rujukan masyarakat khususnya kepada generasi muda.

"Semoga beliau dan insan seangkatan dengannya terus berkarya dan memberi sumbangan bakti yang berguna kepada bangsa dan negara," katanya.

Datuk Dr. Baharuddin dipilih sebagai penerima anugerah itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan beliau dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Beliau menerima wang tunai RM60,000, Watikah Sasterawan Negara ke-12 selain kemudahan berkarya.

Puisi-puisi beliau antaranya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Russia Dan Sepanyol.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288