Tahun 1998 pada perayaan kemerdekaan Negara diadakan di stadium nasional bukit jalil dalam masa sambutan tersebut antara acaranya ialah siaran langsung yang menghubungkan antara stadium nasional dengan MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz. Semasa live telecast tersebut hingar suara takbir di stadium tersebut bila wajah Tuan Guru terpampang di skrin besar stadium tersebut. Walaupun Tun Mahathir terkejut besar ketika itu ada juga yang puji dia. Begitu juga dengan sambutan kemerdekaan disiang hari satu ketika dimana pemimpin pembangkang juga turut dijemput bersama menerima tabik hormat. Pada acara tersebut tak semena-mena naik belon besar reformasi dihadapan pentas Tun Mahathir terkejut lagi dia.
Namun trend begitu telah menjadi amalan seterusnya dimana ia digunakan untuk memerangkap pemimpin pembangkang dengan pelbagai cara. Trend tersebut digunakan dengan meluas dalam media television. Atas nama diskusi atau forum tokoh politik dipanggil untuk membicarakan berkenaan dengan sesuatu isu. Pemimpin pembangkang diperangkap dengan tidak member ruang secukup untuk member penjelasan. Sedang dari BN mendapat ruang yang selesa. Dari forum seperti itu lahir kononnya tokoh dan pemidato yang akhirnya menjadi tersohor dan menjadi menteri. Trend seperti ini sebenarnya sebagai perangkap untuk memerangkap dan memberi malu kepada pembangkang. Jika pemimpin pembangkang tak hadir mereka akan mengkritik dengan berbagai-bagai malah pengerusi juga turut mengkritik. Dicarinya seorang berdua yang dibawah (orang awam) yang berlagak sebagai orang kampong juga mengkritik. Flatform yang sedemikian juga digunakan oleh orang yang bijak yang ternama yang bernama kerkelulusan PhD sengaja memprovok untuk pemimpin pembangkang. Baru-baru ini astro awani dalam perbincangan pasal pilihan raya kecil lagi. Ada seorang yang dihubungi dari UUM sebagai doctor. Sepatutnya beliau member pandangan sebagai seorang penganalisis tetapi beliau merendahkan martabatnya dengan menyoal kepada pemimpin PR. Beliau dihubungi untuk member pandangan sebaliknya beliau pulak yang mengasak PR. Tak gheti bahasa ke. Gah dengan doctor tapi sekadar bijak nak soal. Itulah yang antara yang dapat dilihat oleh pemerhati.
Dalam scenario politik global begitu juga penampilan. US ternyata dengan ego dan penyokong Israel no satu. US juga amat mencuragai Iran. Tapi bila iran dilanda gempa bumi, US juga menawarkan bantuan tujuan untuk memperlihat kepada dunia akan keperihatinan mereka konon. Tetapi begitulah realitynya dan kini pola politik yang begitu telah difahami oleh rakyat dan masyarakat. Kerana itu pelbagai usaha sedang dan akan dilakukan untuk menambat hati rakyat samada secara rela dan paksa.
Pelbagai keadah telah digunakan. Pilihan raya kecil yang lalu termasuk PRK bagi KT kita lihat bagaimana terlalu ramai anggota polis yang berkawal dijalan raya dan udara. Bukan seratus dua malah ribu. Mengapa seolah-olah suatu pergaduhan besar akan berlaku. Penghantaran yang begitu ramai bertujuan menakutkan pengundi. Tetapi hakikat yang terjadi dari trend baru politik ialah anak pengundi yang kebanyakan terdiri dari pengundi disaluran 4 telah member mesej yang jelas. Samada mereka pulang memastikan ibubapa mereka mengundi PAS atau mereka menalifon ibubapa mereka mengundi PAS. Bagi anak yang tahu ibubapa mereka yang tahu ibubapa mereka pasti tidak akan mengundi PAS mereka juga berbuat sesuatu dengan duduk bersama di markaz PAS.
Selain menggunakan polis BN juga menggunakan pelbagaiagensi yang ada termasuk SPR sendiri. Akibat keterlaluan yang melampau pengundi dan rakyat menjadi muak dan jelak terhadap tindakan mereka itu. Pendek kata BN menggunakan segalanya termasuk institusi yang dihormati iaitu istana dan mahkamah. Akibat dari itu pandangan dan respect masyarakat terhadap kedua institusi tersebut menjadi semakin menurun. Boleh dilihat dari pelbagai reaksi bila keputusan mahkamah dikeluarkan terutama yang melabat isu politik. Begitu bila rakyat perak mendengar titah ucapan Raja Muda Perak dan Sultan Perak dihari Keputeraan Baginda. Rakyat mempunyai persepsi tersendiri. Persepsi tersebut samada digemari atau tidak oleh Paduka Sultan perlu diperjelaskan. Siapa yang akan member penjelasan tersebut ? Sultan tidak ada tempat di pentas politik. Isu tersebut tidak boleh diselesaikan dengan cuba menuduh dan menempelak sesuatu pihak.
Rakyat nampak perkara tersebut. Rakyat sudah bijak boleh berfikir akan apa yang didengar dan dilihat. Rakyat memahami bahasa. Jadi dengan menuduh pihak tertentu membawa berita yang tak betul itu bermakna telah berpihak, yang mana sepatutnya tidak boleh berpihak. Walaupun dihari keputeraan dipanggil tetapi tujuan dipanggil kerana trend yang ada sekarang sememang begitu. Walaupun tak suka tetapi kena panggil. Kalau tak hadir boleh ditempelak dengan pelbagai kata-kata. Bila hadir dikata juga.
Sedangkan keadaan dibiarkan begitu. Rasa bersalah tidak ada. Menginayai orang tidak ada perasaan bersalah itu.
No comments:
Post a Comment