sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, May 5, 2009

Manusia yang selalu lalai

Terdahulu dipaparkan kesuburan tanah di SK Sungai jernih. Kesuburan tanah itu dari kemurahan Allah. Allah telah dengan rahmatnya menyediakan kepada manusia suatu peluang yang luas dari lapangan yang tak terhingga. Tetapi kerana kelalaian manusia yang dipengaruhi sifat tamak dan ego masing-masing peluang dan lapangan yang terbentang luas dibiarkan begiru saja. Sebaliknya mencari sengketa sesama manusia. Manusia mencari pelbagai dalih dan alasan untuk kepentingan diri.
Yang berkuasa dengan dalihan sendiri yang bijak pandai dengan autanya pula. sehingga kezaliman dikatakan keadilan dan hak. Ingatan kepada semua sejauh mana kejahatan yang dilakukan akan mendapat pembalasan yang pedih. kalau tidak didunia di akhirat pasti. Rebutlah peluang dan ruang lapangan yang pastinya luas yang tak terhingga yang disediakan oleh Allah.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288