sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, May 26, 2009

Tiada siapa yang berjaya menipu

Tidak ada siapa yang Berjaya Menipu
Ustaz Hadi dalam tafsir diharakah menyebutkan tentang sejenis pokok yang sedang ditanan di Israel yang dikatakan akan menyembunyikan yahudi. Di akhir zaman nanti orang-orang yahudi akan bersembunyikan diri dimerata tempat. Tetapi segala benda yang menjadi tempat persembunyian si yahudi tersebut akan memberitahu kepada pejuang islam akan kedudukan yahudi yang bersembunyi di sebalik mereka melainkan pokok yahudi. Nak tahu apa nama pokok itu beli harakah.
Dalam kesah-kesah para Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhammad banyak menceritakan tentang kebolehan interaksi antara para Nabi dan Rasul tadi dengan haiwan. Nabi Nuh setelah siap bahteranya telah menyeru manusia dansegala jenis haiwan untuk menaiki bahtera Baginda. Ketika Nabi Ibrahim sedang dibakar seekor burung mengambil air menggunakan paruhnya dalam cubaannya untuk menyelamatkan Nabi Allah Ibrahim dari terbakar. Demikianlah keperihatinan sang burung untuk menyelamatkan Rasullullah itu. Dizaman Nabi Sulaiman burung hud-hud yang menceritakan keadaan sebuah kerajaan dinegeri Saba yang diperintah oleh seorang puteri.
Guru-guru agama dalam banyak syarahan agama terutama atas tajuk kematian ada menyebut akan mepentahuan haiwan tentang kematian seseorang manusia. Cuma manusia sahaja yang tidak tahu keadaan itu. Tetapi sememangnya manusia telah mengetahui akan hal-hal kematian. Kejadian tsunami tidak banyak melibat haiwan kerana dikatakan haiwan telah mengetahui keadaan yang bakal berlaku. Haiwan-haiwan tersebut dikatakan telah melarikan diri ke kawasan yang lebih tinggi. Kerana manusia tidak memahami bahasa haiwan tersebut manusia terus hidup dalam kelekaan. Walaupun Thailand dikatakan Negara gajah putih tetapi waris raja Thai terkorban dalam tsunami yang melanda phuket.
Mesej yang telah diterima adalah jelas kepada makhluk lain tetapi tidak kepada manusia dan manusia menjadi mangsa. Kenapa jadi begitu sedangkan makhluk lain selamat dari kejadian tersebut. Makhluk lain dapat mengkhabarkan kepada yang lain tetapi tidak kepada manusia. Pastinya makhluk tersebut juga telah mengkhabarkan kepada manusia tetapi manusia tidak memahaminya.
Jika makhluk tersebut memahami dan tahu akan kejadian tersebut pastinya juga mereka tahu akan setiap kejadian yang berlaku seharian dikalangan manusia setiap masa dan ketika. Jadi barang apa yang kita lakukan dimuka dunia ini disaksikan oleh semua makhluk Allah. Tak usah nak disembunyikan. Dalam Qur an menyebutkan kulit-kulit manusia akan memberian persaksian terhadap perkara yang manusia kerjakan. Bagi orang yang beriman yang sentiasa memelihara keimanannya akan mengelak dari menzalimi orang lain. Menipu merupakan suatu kerja menzaliimi orang lain. Mengambil hak orang lain merupakan menzalimi orang lain.
Hari ini manusia boleh menyatakan alas an dan hujah yang beerbagai tetapi hujah yang berbagai itu diketahui kebenaran atau kebatilan oleh semua makhluk kalau tak semasa sekarang ini mungkin setelah tiada dimuka dunia. Kebatilan yang diketahui dikala hidup perit dirasai tetapi dapat diperbaiki dengan ruangan taubat. Tetapi kebathilan yang diketahui setelah kematian teramat sangat perit dan tiada peluang untuk taubat.
Sejarah membuktikan bagaimana pendurhakaan yang dilakukan oleh Hang Jebat dan kini manusia melayu berbelah bagi samada Hang jebat sebagai pendurhaka atau sebagai wira. Hang Tuah pula yang disangjung sebagai yang setia juga ada kalangan manusia melayu yang memandang sinis kepada Laksamana itu kerana kesetiaannya sanggup mengorban sahabat dan persahabatan. Dua kesah tersebut akan terus menjadi perdebatan dan perbincangan umum sepanjang zaman.
Dikatakan sekarang ini zaman IT. Dizaman ini, maklumat akan dapat diterima dengan mudah dan pantas. Peristiwa yang berlaku ratusan kilometer dapat diketahui dalam jangkauan masa yang singkat. Berita yang di sampai dalam pelbagai pentafsiran. Karana itu penipuan tidak akan berjaya. Jika penipuan digagahkan juga penerima akan meluat dan menyampah mendengar. Penipuan yang melampau akan menimbulkan kebencian yang melampau. Tidak perlu bagi orang lain untuk menghasut. Kebencian akan dating dengan sendiri. Menuduh orang lain dengan tuduhan yang melampau atau tidak jujur atau berpilih-pilih juga boleh mengundang kebencian orang. Kerana hari ini semua orang dapat maklumat yang pantas boleh melihat dengan jelas.
Hari ini dengan kecanggihan yang ada manusia tak boleh menipu. Berpakat melakukan kejahatan dan kezaliman juga akan diketahui dengan pantas. Manusia boleh membaca dalam pelbagai perspective. Manusia mendapat maklumat dari pelbagai keadaan. Kalau yahudi telah menanam pokok yahudi kerana mereka yakin kepada hadis nabi tersebut. Sememang benar akan hadis tersebut. Hari ini kita dapat melihat dan mendengar berita dari batu dan kayu. Radio tv dan alat komunikasi dicipta dari bahan dibumi yang terdiri dari batu dan kayu. Dan maklumat yang disampaikan itu amat pantas sekali. Di tangan masing-masing ada alat komunikasi. Jadi bagaimana manusia akan menipu.
Kepada yang telah menipu yang menyusahkan orang lain anda ada dua pilihan iaitu kembalikan hak orang tersebut dan anda bertaubat. Jika tidak penipuan tersebut akan diketahui juga kemudian hari nanti dan anda tidak berupaya mengubatinya. Lihatlah walaupun tiada kubur bagi pendurhaka bagi Hang Jebat, begitu juga tiada kubur bagi Hang Tuah, walaupun ada perigi Hang Tuah. Mungkin barangkali ada buah tangan bagi Hang Jebat di perigi itu.
Takdir Allah hendaklah dibaca dalam kaedah yang hak. Allah telah mentakdirkan fir aun yang mengaku tuhan diketahui akan tanah kuburnya. Begitu juga manusia yang hina yang lain. Allah juga telah mentakdirkan manusia mengetahui kubur hambanya yang soleh. Semuanya itu untuk menjadi iktibar manusia. Tak kiralah manusia itu dari kelas apa. Pengiktibaran perlu untuk keselamatan diri bila berhadapan dengan Allah. Begitu juga tak kira di atas dasar kebertanggungjawaban yang bagaimana yang dia bertanggung jawab.
Sebagai manusia setiap orang perlu bermuhasabah dalam diri masing-masing. Adakah anda berada dimana. Jika anda berada dalam puak yang melakukan kezaliman hendaklah anda bersedia dengan janji Allah. Jika anda dikalangan yang dizalimi ketahuilah bahawa tiada hijab bagi doa anda dengan kemakbulan Allah, yang penting ialah benar-benar mengharap dari Allah. Orang-orang yang zalim sekarang ini bertuah kerana orang yang dizalimi tidak meletakkan pengharapan yang penuh kepada Allah. Jika orang yang dizalimi benar-benar meletakkan pengharapan kepada Allah nescaya telah lama lingkup puak-puak yang zalim. Menoleh kepada anak Ad yang membina syorga dunia dengan merampas harta rakyat. Kesudahannya sebelah kaki dia pun tak dapat berpijak di syorga itu. Kita boleh melihat keadaan hari ini. Ada manusia yang membuat kediaman yang mahal dan mewah bila meninggal tinggal rumah itu. Tun Mahathir buat rumah perdana menteri dia duduk berapa tahun saja. Lepas tu Tun Abdullah pulak duduk dan tinggal sekarangni Dato Najib kemudian nanti tak tau sapa. Selepas semuanya tiada barangkali akan ada orang yang berpeluang untuk berbicara dan membicara dengan meluas atas pelbagai isu sehingga yang tersembunyi dan disembunyi ketika ini terburai diketahui ramai. Dikala itu yang hak tidak dapat ditutup lagi dengan kebatilan.
Sejarah memperlihatkan bagaimana kerakusan Bush kerana menbenci Saddam Husin biarpun Saddam Husin dihukum tetapi Bush mendapat penghinaan diakhir pemerintahannya. Biarpun Saddam dah mati namun dia tetap menjadi wira kepada dunianya dan sebahagian manusia yang lain.
Manusia ada mulut dan boleh berkata-kata. Manusia boleh menggunakan mulutnya untuk mengembirakan dirinya dan orang lain. Manusia juga boleh menggunakan mulutnya untuk membahagiakan dirinya dan puak-puaknya dan menyakitkan orang lain. Sememangnya manusia pandai berdalih. Sememangnya manusia bijak menuduh.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288