sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, May 28, 2009

Manusia yang memiliki keupayaan berfikir yang berlainan.

Melihat sesuatu yang sama akan tetapi mempunyai pandangan dan persepsi yang boleh berbeza-beza. Ada blogger memperkatakan kesukaran bagi speaker haram untuk memanggil sidang khas bagi mengusulkan undi tak percaya kepada MB sah DS Nizar. Pelbagai kesukaran yang ditimbulkan oleh blogger tersebut. Didapati banyak kebenarannya. Ramai yang akan malu dan dengan sendirinya akan menghina institusi raja.
Tetapi yang menarik juga untuk diutarakan di sini ialah catatan En Ramakrishnan dalam suara keadilan muka surat 23. Tajuknya lebih lebih kurang "Ganesan punca DUN Perak Huru Hara" . Semua tahu pada hari itu polis telah mendapat perintah mahkamah menghalang orang ramai dari menghampiri bangunan SUK dalam zon 500meter. Beberapa orang peminpin PR telah ditahan. tetapi yang anihnya bagaimana Ganesan boleh masuk dalam dewan, dan dilantik menjadi speaker pula. Kemudian selepas itu beliau pula panggil polis untuk mengheret Speaker yang sah. demikian yang ditulis dalam suara keadilan.
Suatu kehairanan yang amat besar kekalamkabutnya. Polis dapat perintah mahkamah tak bagi orang hampir ke bangunan SUK. Ada orang boleh masuk dan panggil polis pulak masuk SUK. Pening kepala orang dibuatnya.
Sekarangni Ganesan telah menghina mahkamah dan menghina dewan undangan negeri perak. Dalam masa yang sama Raja Muda berada di lokasi tersebut. maknanya penghinaan terhadap Raja Muda dan Sultan sendiri.
Demikian dua dari ribuan pola pemikiran yang boleh disuarakan oleh manusia. Akibat dari itu, ramai orang akan dapat melihat kebenaran. Orang akan memahami kedudukan yang sebenarnya. Orang akan melihat dengan benci kepada pelaku yang takbermoral itu. Keadaan tersebut tidak akan terpadam dari memory ingatan.
Yang benar dikasihi. Yang batil dibenci.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288