PAS for all, manifestasi dari keterbukaan PAS. Begitu juga hasil dari keperihatinan pemimpin dan pendukong PAS dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Kerana itu rasanya terpanggil kepada saya untuk menyarankan supaya struktur saf kepimpinan dalam PAS dan tambah.
Rasanya perlu diwujudkan dua Timbalan Presiden dan lima Naib Presiden. Begitu juga kepada dewan-dewan yang lain dengan mengadakan dua jawatan untuk naib ketua. Selain itu dewan-dewan perlu ditambah lagi dua iaitu untuk (sebagai cadangan) lujnah Profesional dan lujnah kelab penyokong.
Cadangan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh PAS kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kepimpinan yang bijak bistari renungkanlah. Kita semua baik dalam PAS atau dalam Pakatan Rakyat samada DAP atau PKR matlamat PR ialah untuk mentadbir Malaysia negara. Hari ini semua dapat lihat bentuk perpaduan kaum yang terbentuk hasil dari pemuafakatan rakyat. Perpaduan yang terbina antara kita dalam Pakatan Rakyat telah membuang terus isu perkauman. Sudah tidak ada prasangka dan prajudis antara ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat. Majlis makan malam anjuran DAP di air kala minggu lalu sungguh syahdu untuk derenung dan difikir.
Sampai jam 12 malam hadirin boleh duduk dengan aman tanpa rasa takut dan sangsi. Kehadiran pelbagai kaum dari usia emas hing remaja begitu juga yang berlebai putih dan ada berseluar pendek semuanya ingin bersama kepimpinan PR yang berbilang kaum. YB lim Kit Siang hadir bersama kepimpinan DAP seperti Nga Kor Meng, Chong Eng, Speaker Siva Kumar serta Wakil YAB Lim Guan Eng. Dr Idham Lim dari PAS wakil MB Nizar. Ramai juga dari kalangan PKR separti Hj Hamzah dan lain-lain.
Sesungguhnya sesuatu yang ajaib pada malam itu.
No comments:
Post a Comment