sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, July 22, 2009

Allah menzahirkan kebesarannya melalui gerhana matahari

Tahun lalu saya pernah menulis mengenainya. hari ini 22hb.jul 2009 keadaannya akan berlaku lagi. saya melihat jam takwim saya, hari ini rabu 22 jul bersamaan 30hb rejab. esok pastinya 1 syaaban. Maknanya dari segi fizik dan metematik bila berlaku gerhana ialah ketiga objek besar jadiaan Allah ini berada dalam keadaan segaris. dalam bahasa kelendarnya tahun hijrah bagi bulannya pasti genap hari itu samada29 atau 30 dan esoknya ialah 1 hb. syaaban. pada akhbar harakahdayli tarikh hari ini dicatatkan sebagai 29hb rejab. Saya melihat takwim cina, hari ini 29hb rejab dan esok 1 syaaban.
Kita tidak disyariatkan untuk melihat anak bulan syaaban, tapi hari ini para pengkaji terutama ahli falak akan menyaksikan gerhana matahari. Cuma hari ini tiada hebahan meminta diadakan solat sunat gerhana. Tiada terpanggil kepada sesiapa yang mengetahui untuk memanggil umat islam mengerjakan solat tersebut. Orang yang mengerti agama juga menjadi kelu.
Beberapa hari kelmarin banyak tempat mengadakan majlis isra' mi'raj. Di negeri Perak diadakan tilawah peringkat kebangsaan. Kepelbagaian gaya olahan dan tunjukkan dipamirkan. Pelbagai kata yang egois dilontar. Ada kata yang memperlihat kedengkilaan ilmu sendiri. namun untuk menunjukkan lagak dan ego dilontarkan jua. Tetapi gerhana matahari tidak dilihat sebagai penunjukan kebesaran Allah yang perlu diraikan.
Manusia sentiasa dalam kelupaan.
Demi masa,
sesungguhnya manusia dalam rugi
kecuali orang yang beriman dan beramal solih
dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288