Rabu, 17 Jun, 2009 12:27
Daripada:
"Seri Dewi Mohd. Ibrahim"
Peringatan Buat Sahabat
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS! Apabila kemajuan menjadi pesat, bangunan naik bertingkat-tingkat.
Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia mula mengubah tabiat, ada yang jadi lalat, ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan je minyak gamat.
Tongkat Ali dan Viagra disangka penyelamat, supaya lambat tiba di garis penamat.
Yang lelaki, budak-budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur khurafat. Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat. Gigi kuning berkarat. Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju sendat.
Bangga sangat menunjukkan pusat. Hingga tak kenal batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak yang ‘bulat’.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Sipemakai berasa cukup hebat. Silap gaya jadi gawat.
Bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat, darah yang cair menjadi pekat.
Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat.
Usah dikisah leteren ibu, jangan dihirau amaran bapa. Yang penting kita puas.
Untuk buktikan cinta, marilah kita ’buat’.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat! Habis manusia telah tersesat!
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat. Esok atau lusa mungkin kiamat.
Sampai masa kita semua akan berangkat, bila episod hidup kita tamat.
Berangkat menuju ke negeri akhirat, tak mungkin ditunda walaupun sesaat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat. Umur mu banyak mana mu punya ibadat…?
Zaman muda kamu, apa yang telah kamu buat…?
Solat kamu, cukupkah waktu? Puasa kamu, genapkah minggu? Iman kamu, seteguh tugu?
Harta benda anta, dari mana anta dapat…? Ilmu anta, adakah anta manafaat…?
Marilah segera meninggalkan maksiat dan teruslah berusaha perbanyakkan ibadat.
No comments:
Post a Comment