sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, July 22, 2009

Kejadian yang Allah pertontonkan terlalu banyak pengertiannya.

Kehidupan kita diwarnai dengan pelbagai warna dan perasaan. Kita berhadapan dengan bermacam-macam pengalaman. Kita diperlihat dengan pelbagai rupa dan anika. Kita akan ketawa. Kita juga akan menangis. Kita akan merasai kesakitan dan juga kesedapan.
Kita akan menolong dan kita akan ditolong. Ada kita akan menekan dan menindas. ada pula yang akan menentang penekanan dan penindasan itu. Kita akan meletakkan diri kita disuatu pihak mengikut kehendak kita. kita akan mempertahankan pihak kita dengan hujah dan dalil yang kita pegang.
Kita akan memperjuangkan kepentingan kita. kita akan mencari jalan untuk mengekalkan kekuasaan kita. walau apapun kita sebesarmana pun kita, kita hendaklah sedar bahawa adanya Allah yang sentiasa memerhati kita.
Kalau kita berkuasa dengan landasan yang hak kita akan selamat. kalau dengan alasan hujah yangmenipu dan merompak tidak akan selamat. lihatlah kepada sejarah menuria terdahulu. begitu megah mereka. Fir aun dan Namrud, betapa besar kerajaan mereka. tiada satu kekuasaan sekarang ini yang mampu menandingi sekelumit kemegahan mereka.
Jadi sesiapa yang berasa diri megah dengan kekuasaan tunggulah

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288