sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, July 7, 2009

Disiplin

Disiplin biasanya disekolah saja di luar sekolah tidak ada. Siapa yang berdisiplin? Secara umum satu pengertian bagi disiplin ialah bertanggungjawab. Mematuhi tanggungjawab yang ditetapkan dalam diri sendiri adalam merupakan berdisiplin. Umat islam dididik dengan disiplin yang lengkap. Dari kecil lagi orang dididik supaya mendirikan solat. Berumur 10 tahun tak bersolat boleh dirotan. Merepak dan marah ibubapa terhadap anak mereka supaya mengerjakan solat. sedangkan ada antaranya ibubapa tadi tidak bersolat atau lalai dalam bersolat.
Begitu juga di bulan ramdzan disuruhnya si anak berpuasa kerana asan disiplin yang telah ditetapkan oleh agama. Bagi masyarakat bukan islam juga ada disiplin mereka yang mereka bina dan amalkan serta mereka pertahankan. Disiplin tersebut akhirnya menjadi peradaban dalam kehidupan mereka.
Abu Sofian (sebelum islam) merupakan pembesar makkah dizaman permulaan kerasullan Rasullullah. Bila ditanya oleh masyarakat arab syam tentang perihal Muhammad, beliau menceritakan keadaan yang sebenarnya. tidak ada penipuan dan usaha memburukkan Rasullullah, sedangkan ketika itu beliau belum memeluk agama islam. Beliau berdisiplin terhadap kepimpinannya sehingga beliau malu untuk berbohong.
Hari ini dimana letaknya disiplin pada kalangan orang zaman ini. Siapa yang berani menyatakan kebenaran dan berani menyatakan kebertanggungjawabnya terhadap kebenaran? Siapa yang berani angkat kepala ? Kalau yang menjalar sudah tentu tak mampu untuk berdiri tegak. tetapi yang teguh berdiri pun pasti akan tumbang dengan hentaman angin kencang yang berupa ugutan dan sogokan.
Dimana jati diri kita
Jadilah kita seperti kata pepatah
Kokok Berderai-derai
tapi ekor bergelumang taik.
Mendakwa kita lebih
tetapi kita menyumbang kerosakan.
Lokman telah berpesan kepada anaknya seperti berikut?
Wahai anakku, jika kamu gagal mencari garam supaya ikan tidak busuk,
Janganlah pula kamu menjadi langau yang mencepatkan kebusukan ikan.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288