sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, July 23, 2009

Kematian Teo dan Suruhanjaya Diraja

Ramai yang gembira dengan pengumuman penubuhan Suruhanjaya tersebut. Ramai yang kecewa dan marah kerana Suruhanjaya tersebut dirubuhkan selepas desakan dari pelbagai pihak. Sepatutnya pelbagai pihak tidak perlu mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya tersebut. Tetapi kerana kehilangan kepercayaan rakyat kepada pihak yang berkuasa yang menjalankan siasatan memaksa rakyat bangun dan mendesak diadakan suruhanjaya tersebut.
Beberapa kes yang berlaku tiada khabar berita. Kematian adik nurin, kehilangan adik syalini. kematian kugen, dan banyak lagi termasuk kes altantuya. Kesah mata lebam DSAI suatu yang menjadi stigma dan penanda aras hilang keyakinan rakyat kepada pihak yang berkuasa.
Kenyataan yang mengeliru dari pemimpin juga menjadikan kemuakan rakyat. pemimpin kerajaan berkata sesedap mulut tanpa menghiraukan perasaan mangsa. Pemimpin kerajaan menyuruh rakyat menutup mulut manakala mereka mengeluarkan kenyataan yang memualkan pendengar.
Media berperanan menutup segala prosidur rahsia dalam penyiasatan. Mereka menyiarkan kata pegawai atasan badan penyiasat secara kabur.
Rakyat melihat bila tuduhan kepada SPRM dilakukan yang akan menyiasat ialah peguam negara. Bila tuduhan ke atas peguam negara pula yang menyiasat. Jadi dalam kes mata lebam yang terlibat ialah KPN ketika itu. manakala yang menyiasatnya pula ialah ketua Polis peringkat negeri. Bagaimanakah siasatan itu dapat dilaksanakan?
Semua orang yang bijak dan kurang bijak pun dapat menerka hasilannya.
Jadi dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja seperti itu kepastian boleh dipastikan. Tetapi sebenarnya bukan kerana penyiasat yang menimbulkan masalah tetapi hasilan siasatan tersebut yang dimanapulasikan itu yang menghilangkan kepercayaan. Sikap kerajaan yang cuba untuk menutup sesuatu yang sentiasa terhidu oleh rakyat yang memunahkan kepercayaan rakyat.
Dilink kepada DSAI

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288