sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Monday, December 29, 2008
Hikmah dari Takdir.- Suatu renungan
Sesungguhnya terdapat banyak hakmah dari setiap takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.
Ekoran dari takdir kemangkatan Tuanku Jaafar M.L melihat sesuatu yang belum pernah disentuhkan atau dibacarakan. Dengan kemangkatan Tuanku Jaafar M.L terpanggil untuk menulis apa yan dilihat iaitu di kaca TV sewaktu pembacaan berita. Hanya di TV9 pembaca berita sebelum ini mamakai tudung kepala. tetapi dengan kemangkatan Tuanku semua pembaca berita di semua stesyen TV negara memakai tudung. dan yang lelakinya pula memakai songkok.
rambut wanita adalah aurat. jadi bila tuanku jaafar mangkat terselamatlah pembaca berita wanita dari dosa mendedahkan rambut. barangkali itu salah satu hikmah dari kemangkatan tuanku Jaafar. Baginda mangkat dan ada sekelompok terlepas dosa seketika. mungkin beberapa hari lepas ni mereka akan terpaksa membuka aurat (rambut) mereka itu.
Dalam masa mereka bertudung ketika mengandali acara TV itu terserlah kejelitaan dan keayuan mereka yang selama ini tidak kelihatan. Dengan kejelitaan dan tutur bahasa yang begitu indah memperkemaskan jati diri budaya kita. ketampanan dan kesegakan pengacara lelaki terserlah dengan songkok. walaupun pembicara lintas langsong bernama TV itu dari keturunan india. Jadi semua saloran TV negara galakkan wanita yang mengedalikan acara dalam apa-apa program TV supaya bertudung. kalau mereka tak mau lain cerita. jangan dipaksa mereka membuat dosa.
Semoha Allah mencucuri rahmat kepada Almarhum Tuanku Jaafar
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment