sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Monday, December 29, 2008
Maal Hijrah di Masjid Gua Badak Lenggong Perak
M.L hadiri dalam majlis itu.
Penceramah ialah Ustaz Zulkarnain mantan Imam Masjid Negeri Ipoh.
Beberapa perkara yang disentuh,
1. Tidak ada stand berkecuali dalam islam (dakwah), Beliau memetik kesah tiga golongan dari bani Israel yang berurusan pada hari sabtu. Sehingga dua golongan dari itu mendapat kehinaan. Sedang golongan yang ketiga yang melaksanakan perintah Allah diselamatkan.
2. Bila berbicara tentang tahun baru (hijrah) terdapat beberapa hakikat yang dilalui manusia tanpa disedari. Ustaz menyebut antara hakikat iaitu pertamanya apabila melangkah masuk ketahun baru kita telah berbicara tentang masa. Bermakna baki masa bagi seseorang itu telah kurang setahun. Bila melangkahi masa itu usia akan bertambah dalam pertambahan usia itu kekuatan tenaga akan berkurang. Bila melangkahi masa juga badget rezeki bagi seseorang akan berkurang. Bila melangkahi masa juga hala tujuan hidup semakin hampir penamat.
3. Beliau memberikan beberapa prinsip dalam berbicara dalam perkara yang melibat islam. Seseorang yang ingin berbicara (berhujjah) dalam hal islam tidak boleh berlandaskan atas hujjah akal semata-mata. Tidak boleh berbicara (berhujjah) dalam soal keagamaan dalam keadaan diri dibelenggu jahil dan kejahilah. Tidak boleh berbicara (berhujjah) dalam keadaan diri terbawa dengan ideologi yang bercanggah dengan islam.
4. Selama ini umat islam hanya sekadar penyambut tahun hijrah dari segi upecara sahaja. Umat islam tidak menghayati intipati dan kepada konsep hijrah yang hakiki.
No comments:
Post a Comment