sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, December 29, 2008

Mesej Maal Hijrah dari sms

Mesej dari SMS
1. Yazid
Semoga Allah jadikan subuhmu cahaya, zohormu gembira, asarmu bahagia, maghribmu keampunan isyakmu kebekatan dan DOA mu tidak ditolak. Diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil balik, dan dibuka kepada mu pintu syorga tanpa sempadan. SALAM MAAL HIJRAH 1430.
2. Shahrul
Jika Allah telah memakbulkan doa mu, atau Dia telah mengukuhkan kepercayaanmu, dan jika Dia menangguhkannya, Atau Dia menguji kesabaran mu, Jika Dia tidak memakbulkan doa mu, jangan putus asa, Dia telah merancang (menetapkan) sesuatu yang lebih baik untuk mu – wassalam
Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1430 dengan penuh keimanan, kesabaran dan ketaqwaan dan sabar.

3. Mukhtar
Hijrah itu jihad
Hijrah itu sunnah
Sunnah itu ibadah
Ibadah itu pengabdian
Pengabdian yang hakiki hanya kepada ILAHI
Pengabdian yang hakiki disulami dengan ikhlas
Pengabdian yang hakiki disulami dengan keinsafan
Pengabdian yang hakiki disirami dengan ilmu
Pengabdian yang hakiki direntasi dengan kecintaan
Pengabdian yang hakiki direntasi dengan pengharapan
Pengabdian yang hakiki dibajai dengan ketaqwaan
Pengabdian yang hakiki mengharapkan kerefhaan ALLAH.
Semoga hijrah menjadi hijrah
Semoga tidak sekadar disambut sebagai suatu acara sahaja.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288