sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, December 29, 2008

Kezaliman Yahudi sempena Hijrah 1430

Disaat umat islam menanti ketibaan 1430H, saudara kita di Palestin dimandikan dengan peluru sehingga bumi itu dibasahi dengan darah. ratusan saudara kita gugur syahid. dan ramai lagi yang cedera. simpati dunia mencurah-curah. Umat islam perlu berbuat sesuatu membantu saudara kita yang dizalimi. sesiapa yang ada kenalan dikalangan saudara kita di palestin please hantarkan sms minta mereka dikala terdengar siren atau bunyi deruan jet diruang angkasa hendaklah ada diantara mereka yang melaungkan AZAN. jangan dihentikan azan tersebut. biar azan itu bersahutan dari satu masjid ke sebuah masjid. gemakan laungkan azan di seluruh palestin terutama di ghaza. sesungguhnya bila azan iblis dan syaitan lari sampai terkentut-kentut. Pastinya pertolongan Allah akan tiba. Sekurang-kurangnya jika terkena peluru lidah mereka sedang melafazkan Azan.
M.L turut melahirkan rasa sedih terhadap apa yang ditimpa oleh saudara di palestin. semoga Allah memberikan ketabahan kepada mereka dan seterusnya memperolihi kemenangan yang hakiki. M.L turut kecewa dengan penolakan usul berkenaan palestin yang dibentang di parlimen Malaysia baru-baru ini walau apapun justifikasi speaker ternyata menampakkan ketidak perihatinan kepada isu kemanusiaan yang dizalimi.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288