sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Wednesday, December 24, 2008
Masjid Kampong Sumpitan Lenggong
Semoga hebahan ini akan sampai ke serata lokasi. Jarang benar sekarang ini ada rayuan derma untuk pembinaan masjid.
Makluman tambahan disisi masjid ini terletaknya pusara Tuan Guru Haji Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Tok Gombak. Menurut cerita Tok Gombak ini ialah tokoh yang membuka Gombak selangor semoga Allah merahmatinya.
Kesah Tok Gombak diperolihi oleh M.L dari Almarhum Tuan Guru Haji Sidek. Tuan Guru Haji Sidek juga dikenali sebagai Pak Ngah Sidek atau Tok Pakeh Sidek. Beliau ini belajar dari Tok Pakeh Ismail murid kepada Tok Kenali. Almarhum Tok Pakeh Ismail ini ada pertalian saudara dengan Jenral Bersara Ghazali Che Mat Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.
Sejarah Tok Gombak juga M.L dengar dari sahabat M.L sendiri iaitu Haji Saaban dari Gua Badak.
No comments:
Post a Comment