sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Saturday, December 20, 2008
Lenggong Black-out .2
Di sesetengah kampong berterusan hingga ke pagi. Kampong saya dalam jam 3.40 pagi. Saya tersedar dari tidur. Adan kampong dah ada dari awal lagi. Selepas catatan ini dibuat, jam 7.54 pagi black-out berlaku lagi. Tapi dah siang tak le bergelap.
Saya menulis begini kerana menuntut keperhatinan semua. Masalah yang diterima oleh semua orang yang terlibat. Mangsa tetap mangsa. Kesusahan tetap kesusahan.tragedi tetap tragidi.kalau dah nak jadi bagaimana nak buat.
Suatu ketika dahulu, bekalan elektrik seluruh negara terputus, CEO ketika itu Dr Ani Arop terpaksa berhenti kerja. Diganti oleh Dr Tajudin. Sewaktu Dr Tajudin, Beliau menjanjikan sebarang black out dalam tempoh lebih 3 jam . tetapi sekarang apa yang berlaku di lenggong ini dah melebihi lebih 24 jam atau kalau di tambah dengan malam pertama sudah mencapai 30 jam.
Sekarangni ramai orang menyimpan makanan mentah mereka dalam peti ais. Bila tiada lektrik semua orang akan terpaksa memasak semuanya. Tak habis makan terpaksa dibuang. Membazir.
Pakaian dibersih menggunakan mesin basuh. Bertambun-tambun pakaian terendam dalam mesin basuh dan berbau. Orang yang akan mengadakan kenduri kahwin tercapa-capa kesana kemari kerana runsing sebab tiada bekalan letrik.
Sewaktu tanah runtuh di bukit antara bangsa, dikhabarkan TB Azmin telah berada di lokasi sejak jam 4.30 pagi. Berita TV memaparkan kehadiran TPM ke lokasi ada nampak kelibat beliau dan Tan Sr Khalid, Begitu juga bila kehadiran PM kedua tokoh tersebut nampak berada disitu walaupun gambar mereka cuba disisihkan. Apa yang dipaparkan ini ialah untuk memperlihatkan sikap bertanggungjawab pemimpin bila kesusahan berlaku kepada rakyat. Jelas keperihatinan kedua tokoh yang dikenali itu. Nampak pakaian mereka tidak bertukar iaitu baju biru muda itu juga. Mangsa akan terasa lega dengan kehadiran dan keperihatinan pemimpin seperti itu. Tahniah untuk Tan Sri Khalid dan YB Azmin.
Sememang mangsa akan susah sedih dan marah. Ada gambar dalam tranungkite seorang mangsa wanita marah-marah saja. Bila diteliti kenapa kakak itu marah rasa simpati yang teramat saya kepadanya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Dah jadi mangsa kena kata pula. Sabar saja le.
Dalam pada sabar itu semua orang perlu bersuara supaya orang mendengar. Bila kita bersuara kita akan lega.
Harga minyak antarabangsa dah turun dari $150 hingga $50. Penurunan sebanyak $100 harga minyak dipasaran baru turun dari RM2.70 kepada RM1.80. penurunan sebanyak RM0.90 adakah penurunan itu seimbang? Is it fare ?
Beras turun harga sebanyak RM0.20, nak suruh harga barangan yang lain turun. Tarif letrik bagaimana dengar bunyi akan naik. Bekalan letrik dalam negara kita punca dari hidro. Dari bahan api ada juga. Tapi harga tetap naik. Macammana naik.
Berbalik kepada black out di Lenggong sehingga lebih dari 24 jam. Beberapa telahan dari pengguna terhadap servis yang diberi.
Pengguna berpendapat TNB hanya berkira untuk mengaut keuntungan semata-mata saja. Tak kesah kepada pengguna. Rasionalnya ialah terlalu lama masa yang diambil sedangkan untuk pekan lenggong dan sekitarnya dalam masa 3 jam saja TNB telah mengadakan janakuasa bergerak disitu. Di pekan lenggong perlu di segerakan memang patut. Kerana Balai Polis, klinik dan perniagaan lain. Tetapi di kampong yang sampai 24 tiada bekalan letrik kerana apa?. Barangkali ketiadaan janakuasa bergerak. Dalam Perakni hanya ada satu janakuasa sahaja untuk menampong jika berlaku black out? Tak masuk akal langsong. Tapi begitulah jadinya. Telahan pengguna ialah kerana TNB tak mahu membaya OT kepada pekerja kalau dikerahkan semua untuk kerja-kerja di lenggong ini. Kalau ada lain-lain janakuasa bergerak perlu ada pengendalinya. Dan pengendali tersebut perlu dibayar OT. Kalau dah 10 Janakuasa bergerak kena bayar OT kepada 10 group pengendali janakuasa tersebut. Kalau begitu TNB rugi jadi biarlah pengguna bergelap itupun malam saja. Nak tidor tak ramai yang on lampu. Itu telahan pengguna. Telahan seperti itu menyebabkan pengguna marah kalau kakak tadi marah kerana kata dari wakil tersebut, pengguna lektrik lenggong pun terasa begitu. Dahlah tak beritahu dimana punca masalah dan apakah masalahnya. Dahlah pakaian yang terendam jadi berbau. Dahlah makanan mentah terpaksa dibuang. Ditelah sebegitu rupa pula ?
Malam nak tidur saja apa nak susahnya
Amboinya senangnya hampa kata ye.
Lambat bayar bil kena finalty
2/3 bulan takbayar kena potong dan denda bil kuning.
Kena deposit tambahan 2x amoun bulanan.
Macam-macamlah
Jadi kerana pengguna kampong mereka biarkan saja.
Kamu adalah pemimpin. Dan kamu akan disoal atas kepimpinanmu- hadis
No comments:
Post a Comment