sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, December 9, 2008

Tanah Runtuh Suatu tragedy, Isu yang tidak pernah disentuh

Sebelum ini saya meminta agar mangsa tidak menuding jari mencari siapa yang bertanggungjawab. Tidak mengapa kerana mereka yang merasai musibah itu lebih merasai bahananya. Kita sebagai pemerhatini sekadar menyatakan simpati. namun berat mata memandang lebih berat bahu memikul. Tetapi yang saya nak sentuh disini sepanjang melihat beberapa tragedi yang ngeri dan besar saya dapati suatu isu yang tidak pernah disentuh.
saya ingin menyentuh dua lagi tragedi sebelum ini. pertama Highland Towers hampir 15 tahun lalu. pasokan penyelamat dari jepun balik saja kecewa mereka kerana gagal menyelamat satu nyawa pun dari runtuhan itu. kerana tiada siapa yang berani nak buat keputusan segera dan bijak. Apakata kalau pada masa itu satu keputusan segera diambil dengan memecahkan dinding dan lantai itu mungkin kita dapat menyelamat juga nyawa manusia yang itu. tetapi tiada siapa yang berani buat keputusan itu sehingga akhirnya semua 48 orang mati. kalau kita ikut kepala jepun itu barangkali ada yang hidup. namun sememangnya takdir telah menjadi begitu. jadi kita berserah kepada takdir saja.
tragedi kedua tahun lalu iaitu bila helekopter nuri yang nahas. sampai berapa hari baru ditemua mangsa yang terbabit? Kenapa begitu lambat? dimanakah kecekapan penyelamat? tidak jauh mana pun tempat nahas itu. tidak sampai 100 redius pun. tetapi berhari-hari mereka mencari.
kalau tragedi pertama isunya lambat buat keputusan maka tragedi kedua juga dalam isu yang sama. lambat dalam membuat keputusan dan lambat bertindak.
Dalam tragedi ketiga ini, perkara yang sama terjadi, kejadian berlaku di awal pagi sabtu terputus bekalan elektrik dan jalan penghubung. bila semua bekalan itu dapat diterima? hari isnin hari raya idul adha? kenapa jadi begini? ya tidak pernah sesiapa yang menyoalnya. semua kita saling salah menyalahkan orang lain. sedang mangsa tidak terbela.
kegagalan melakukan atau membuat keputusan yang pantas adalah satu faktor kelambatan dalam operasi bantuan. soalnya siapa yang bertanggung jawab dalam membuat keputusan-keputusan tersebut?

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288