sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Wednesday, December 24, 2008
Kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa.
Peliharalah lidah kamu.
Hudud merupakan Hak Allah.
Hudud itu untuk kesempurnaan hidup manusia.
Kerana itu sesiapa yang hendak memperkatakannya perlu mengetahui natijahnya.
Hudud itu dari ilmu Allah.
Barang siapa yang memperkatakannya sehingga manusia menyukainya maka ia beroleh ganjaran yang baik dari Allah.
Barang siapa yang memperkatakannya sehingga manusia menjadi takut terhadapnya tunggulah pembalasan dari ALLAH.
Juga barangsiapa yang sengaja mencari pasal sehingga manusia bimbang dan takut terhadap hak Allah itu, tunggulah pembalasan dari ALLAH.
Pembalasan dari Allah itu pelbagai. kalau tidak harini esok atau lusa atau tahun depan atau lepas mati. walaupun orang tak tahu tapi badan sendiri yang akan merasa.
mulut sedap saja mengata, jari sedap saja menaip tapi bila sampai masa tahule.
disaat dan ketika itu sewaktu semua tudak berguna barulah tersedar tidak berguna lagi.
dalam keimanan yang sedikit ini sesiapa yang ingin berkata-kata perkara Hak Allah perlu sedar.
No comments:
Post a Comment