sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Friday, December 19, 2008
Kampong-kampong di Lenggong masih bergelap lagi malamni agaknya
Semalam ( 17.12.08) bergelap sehingga 8.40 malam.
Malamni bergelap sejak jam 8.15 sehingga kini 10.21 malam belum ada lektrik.
Di pekan Lenggong bekalan pulih jam 11.00
Di kampong-kampong bergelap hingga pagi sampai la ni pun tiada letrik lagi.
Keadaan ini menyulitkan semua orang. Kanak-kecil menangis ketakutan.
Kenapa jadi begini?, ada yang nak buat kenduri.
Semua orang akan menuding jari. Salahkah kami menuding jari? Kata mereka.
Bil lektrik naik. Cagaran naik 2x ganda dari bil bulanan.
Lambat bayar sikit kena panalty.
Lambat bayar lama bekalan kena potong.
Pengguna menderita tiada terbela.
Kerana pengguna rakyat biasa yang tiada kuasa.
Kalau rakyat bersungut pasti ada jawapan mereka.
Rakyat terpaksa terima saja.
Ada cerita untuk membukti kata
Beberapa tahun lalu sebelum jalan baru siap.
Pemimpin negeri tersangkut di kota tampan.
Ketika hendak pulang ke gerik untuk berhari raya
Kerana masalah itu tambakan jalan raya dilakukan serta merta
Kerana pembesar hendak berhari raya.
Tapi bila rakyat yang derita siapa yang nak bela ? tolonglah jawab ini ceritera.
Barangkali MP Lenggong akan bersuara jika beliau membaca cerita ini atau-atau sahaja.
letrik tiada takle seteruk tanah runtuh tapi dok bergelap runsing juga.
orang akan marah.
tolong-tolong
budak-budak kecil menangis tengah malam oi.
kalau sister jamilah baca pastinya dia faham. brother aziz pangkor pun begitu.
No comments:
Post a Comment